ISIS tegak kerajaan di Libya
Setelah setahun berlalu konflik pemerintahan sendiri warga tempatan, wilayah Cyrenaica, Timur Libya yang kaya dengan minyak kini semakin bergolak dengan kehadiran ISIS dalam rangka meluaskan kekuasaannya di Afrika Utara.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ketika masyarakat antarabangsa sedang memberikan fokus terhadap isu serangan ngeri militan ISIS ke atas Iraq dan kota penduduk Kurdistan di Kobani ('Ain al-Arab), Utara Syria, laporan terbaru menunjukkan gerakan pengganas ini diam-diam telah membentuk kerajaan sendiri di wilayah Cyrenaica, Timur Libya.
Cyrenaica pada bulan Oktober lalu telah mengistiharkan pemerintahan sendiri dengan dipecahkan kepada empat wilayah iaitu Ajdabiya, Benghazi, Jabal al-Akhdhar dan Tobruk. Kini kawasan terbabit berada dalam rancangan ISIS yang bercita-cita meluaskan jajahannya di Utara Afrika.
Kawasan yang kaya dengan minyak ini sebelumnya telah membentuk 24 menteri dalam rangka menyaingi kerajaan persekutuan. Namun setelah setahun kontroversi pembentukan kerajaan ini berlalu, Cyrenaica telah bertujar menjadi medan perang dengan ISIS yang menuntut pengerahan sukarela untuk membendung kemaraan militan.
Organisasi pengganas ISIS dalam usaha mencapai cita-cita memperluaskan kekuasaannya telah membentuk beberapa jabatan seperti Polis Islam dan Mahkamah Perbicaraan sekaligus menguatkan dakwaan pembentukan kerajaan khilafahnya di samping menyatukan golongan Salafi di Cyrenaica.
Bentuk muka bumi geografi padang pasir Cyrenaica dijangka bakal menyukarkan proses memerangai ISIS berbanding Iraq dan Syria. Apalagi kerajaan Libya hari ini terlalu lemah dalam menjaga keamanan sempadan sehingga membentang latar untuk ISIS merealisasikan mimpi indah mereka.
Hakikatnya objektif tindakan kumpulan ISIS di Utara Afrika ini ialah mengumpulkan kekuatan radikal atas nama Islam yang sudah tentu menambahkan krisis kemanusiaan yang tidak diketahui di manakah penghujungnya.











...............